list blog twitter ask.fm

Last Kiss [One-Shot]




"Like a robot, I say the same things over and over again." - Park Sung Gi


Park Sung Gi seorang perempuan nerd dan hanya mempunyai seorang kawan iaitu Lee Ji Hye. Orang lain selalu memanggilnya 'gi-nerd'. Tetapi kawannya memanggil Sunggi comel. Ketika itu Sung Gi berasa bahagia memiliki Ji Hye sebagai kawan baiknya dan segala suka duka dikongsi bersama. Ji Hye juga mengetahui perasaannya. 

"Harap-harap dia sukakan benda yang aku bagi ni!" Sung Gi tersenyum lebar ketika meletakkan topi berwarna merah di dalam locker Suho, orang yang Sung Gi minati. 

"Weh!"

"Suho, I love you!" Sung Gi melatah gara-gara teguran yang tiba-tiba. Sung Gi memusing ke belakang untuk melihat siapakah yang menegurnya. Alangkah leganya ketika melihat orang yang menegurnya. "Kau ni kan! Suka tegur aku tiba-tiba kan!" Sung Gi menampar lengan Ji Hye.

"Tulah! Letak hadiah pun dengan perasaan. Mana taknya!" Ji Hye menjelir lidah lalu melarikan diri daripada Sung Gi. 

"Ish!" Sung Gi mengejar Ji Hye sehingga ke kelas. Namun sesuatu yang tidak disangka berlaku.

GEDEBUSH! 

"Mianhae! Mianhae!" Sung Gi menunduk meminta maaf berkali-kali kepada orang yang dilanggarnya.

"Kau-!" Lelaki itu mengeluh seketika lalu menarik Sung Gi menjauhi tempat yang mempunyai ramai orang.

"Ah!" Sung Gi terus mendongak melihat siapa yang dilanggarnya apabila tiba-tiba menarik lengannya. "Aw-Awak nak buat apa ni?" badan Sung Gi menggigil melihat siapa yang menariknya.

"Kau kan yang hantar semua hadiah-hadiah ni?!" Suho menengking apabila sudah sampai tempat yang jauh daripada ramai pelajar.

"Y-Ya.. mianhae!" mata Sung Gi terasa berair kerana sebelum ini belum ada sesiapa lagi yang pernah menengkingnya termasuk ibu bapa Sung Gi.

"Lepas ni, kau jangan berani hantar benda-benda ni semua! Menyampah aku tengok. Dahlah, eii! Kau hodoh pulak tu!" jari telunjuk Suho bergerak dari atas ke bawah lalu membuat muka ingin muntah. "Not my taste." Selesai berkata-kata, Suho meninggalkan Sung Gi sendirian.

"Betul ke itu Suho yang aku minat?" air mata Sung Gi sudah tidak dapat bertahan lagi. Sung Gi terduduk lalu menekup mukanya dengan telapak tangan. 

"Nah sapu tangan." Ji Hye menghulurkan sapu tangan kepada Sung Gi. Ya, Ji Hye telah mendengar segala-galanya. 

"Ji Hye! Aku-" Sung Gi terus bangun memeluk Ji Hye. 

"Jangan sedih. Nanti aku pun rasa sedih." Ji Hye mengusap lembut belakang Sung Gi. Sejujurnya Ji Hye sendiri pun tidak menyangka yang Suho seperti itu.

___________________

Seperti hari-hari yang sebelumnya, Sung Gi tidak mengendahkan amaran Suho dan nasihat Ji Hye. Sung Gi terus melakukan perkara yang sama seperti sebelum ini. Kali ini, Sung Gi meletakkan hadiah lain daripada yang lain.

"Endahkan! Jangan dengar apa orang lain kata." Sung Gi menarik nafas sebelum meletakkan baju sejuk yang mahal di dalam locker Suho. Kenapa mahal? Sebab Sung Gi tak pernah membeli barang dengan harga 500 000 won. Itu semua menggunakan wang simpanannya.

Ketika Sung Gi memusingkan badan ke belakang, berdiri Suho dengan mata yang tajam memerhati segala tingkah laku Sung Gi. Memang ngeri pandangan Suho tapi Sung Gi tersenyum pahit sahaja. Sung Gi kuat. Sung Gi tak perlu risau dengan Suho. Suho pun manusia!

"Kau masih tak serik-serik ke ha?!" Suho menolak Sung Gi ke dinding. "Apa aku perlu buat supaya kau berhenti buat semua ni?!" Suho mendekati Sung Gi lalu bertinggung di hadapan Sung Gi.

"K-Kau tak perlu buat apa-apa pun.." Sung Gi menundukkan kepalanya. Kenapa susah sangat untuk membalas kata-kata itu? Sung Gi mengeluh lemah.

"Habistu kenapa kau tak berhenti hantar hadiah-hadiah murah lagi tak guna ni? Kenapa?!" Suho menonjol kuat kepala Sung Gi. 

"S-Sebab aku akan terus hantar hadiah dekat kau!" Akhirnya perkataan ini keluar juga namun risiko selepas ini amatlah besar. Sung Gi perasan akan muka bengis Suho.

"Kau hantar hadiah pun takda guna! Semuanya aku buang dalam tong sampah! Nonsense!" Suho berdiri semula sambil mengeluh kasar. 

"Aku tak kisah.." Perlahan saja ayat itu keluar daripada mulut Sung Gi. Sentap dengan ayat Suho. 'Betul ke semua tu?' Sung Gi berkata di dalam hati. 

"Kau berhenti jelah suka aku, hantar hadiah dekat aku! Aku cakap sekali lagi, TAKDA GUNA! Aku sikit pun tak buka hadiah kau tu. Hadiah kau tu langsung tak buat hati aku tersentuh! Huh!" sekali lagi Suho meninggalkan Sung Gi bersendirian. 

"Salah ke apa aku buat ni?" Sung Gi memeluk lutut lalu air mata jernih menitis perlahan-lahan di pipi putih Sung Gi. "Argh! Aku tak patut kisahkan semua ni! Aku kuat! Aku akan terus hantar hadiah dekat Suho!" Sung Gi menampar-nampar perlahan pipinya. 

_________________________

"Sung Gi-ah! Mari turun makan!" Puan Tae iaitu Omma Sung Gi memanggil dari tingkat bawah. 

"Nae." Sung Gi menjawab perlahan lalu turun ke meja makan. 'Sung Gi kuat makan! Tak boleh tak makan!' Sung Gi memberi semangat kepada dirinya. 

Sung Gi memakan makanan dengan senyap. Entah kenapa Sung Gi tiada perasaan untuk bising di meja makan sekarang ni. Sung Gi lihat makanan pun seperti melihat pasir. Selera makannya tiada.

"Kenapa diam ni?" Jongsuk abang Sung Gi menegur apabila melihat Sung Gi menguis-nguis makanan sahaja.

"Saja." Sung Gi tersenyum paksa apabila ditanya begitu. 

"Saeng ada masalah ke?" Jongsuk masih bertanya kerana tidak berpuas hati dengan jawapan itu. Mana tidaknya, ekspresi muka Sung Gi pun seperti sedih dengan suatu benda walaupun tersenyum.

"Takdalah. Hm, Sung Gi dah habis makan ni." Selesai meminta izin, Sung Gi menuju ke dapur untuk membasuh pinggan lalu naik ke atas menuju ke bilik.

Satu langkah, dua langkah, tiga langkah.

PRANGG!
_____________________

Sung Gi dimasukkan ke hospital kerana tiba-tiba jatuh pengsan. 

"Sung Gi-ah! Kenapa ni?" Puan Tae menangis di tempat menunggu. Risau benar Omma dengan Sung Gi. Yalah, sudah lama Sung Gi tidak pengsan namun kejadian ini kembali terjadi. 

"Omma, Sung Gi pasti okay! Janganlah menangis." Encik Byun iaitu Appa Sung Gi cuba menenangkan tangisan Omma Sung Gi namun tidak berjaya.

"Omma, jangan macam ni. Sung Gi pasti okay." Jongsuk memeluk bahu Omma erat. Walaupun Jongsuk memujuk Omma supaya dia tidak menangis, Jongsuk tetap menangis.

________________________

"Weh Suho. Kau terjenguk-jengukkan siapa?" Chen menepuk bahu Suho apabila Suho tidak berhenti-henti menjenguk lockernya.

"Takda apalah." Suho kembali memandang ke hadapan. Ingin menumpukan perhatian namun tidak berjaya. Suho kembali terjenguk melihat lockernya.

TOK! TOK! TOK!

Seorang lelaki memasuki kelas itu apabila telah diberi kebenaran oleh Puan Yoon. 

"Boleh saya jumpa Suho?" Sopan lelaki itu meminta izin kepada Puan Yoon.

Kata-kata lelaki itu membuatkan Suho tersentak. 'Kenapa dia nak jumpa aku?' Suho berdiri kerana Puan Yoon telah memberikan kebenaran kepada lelaki itu untuk berjumpa dengannya.

"Kau Suho?" Lelaki itu memulakan perbualan.

"Yup. Kenapa nak jumpa aku?" Suho menjeling tajam.

"Aku Jongsuk. Abang kepada Sung Gi." Jongsuk sengaja tidak menjawab soalan Suho.

"Apa kena mengenanya dengan aku?" Suho menjawab dengan perasaan jengkel.

BUKK! 

Jongsuk menumbuk pipi Suho dengan kuat. Dasar lelaki tak sedar diri.

"Kau tanya apa kena mengenanya dengan kau? Kau buat apa dengan adik aku ha?!" Jongsuk mencekak leher baju Suho.

"Aku tak buat apa-apa pun dengan dia.." Suho cuba untuk berdiri namun gagal.

Jongsuk memijak kaki Suho. "Kau jawab dulu atau lagi teruk aku belasah kau." Jongsuk memandang tajam muka Suho.

"Okay! Aku tengking dia, aku tolak dia, aku tonjol dia, aku suruh dia berhenti suka aku, aku suruh dia berhenti hantar hadiah dekat aku! Dah, blah lah kaki kau tu!" Suho menjawab dengan satu nafas. Geram!

Jongsuk bertinggung di hadapan Suho. "Oh macam tu. Lagi susahlah aku nak lepaskan kaki kau! Sebab kaulah adik aku masuk hospital. Sebab kaulah adik aku jadi macam tu. Kau jangan ingat aku akan lepaskan kau dengan mudah!" Jongsuk mengangkat kakinya dari Suho lalu menyepak kaki Suho dengan kuat. "Puas hati aku." Jongsuk meninggalkan Suho sendirian.

"Aku-" Suho cuba berdiri dengan perlahan-lahan. Ya, sakit sangat. Tapi sakit hati tu lagi lah!

______________________

"Patut aku pergi hospital ke tidak?" Suho mengeluh perlahan di dalam biliknya. "Ish! Bukan salah aku pun!" Suho membaling bantal ke pintu. "Tapi bukan itu masalahnya, kenapa aku rasa sunyi masa dia tak bagi hadiah?" Suho mengeluh perlahan.

Suho mengambil kunci kereta Mercedez nya lalu segera turun ke bawah.

"Mama! Suho nak keluar jap!" Belum sempat Puan Jae memberi izin, Suho terus berlari ke keretanya.

________________________

Suho berlari memasuki hospital.

"Bilik Park Sung Gi di mana?" Suho bertanya kepada jururawat yang menjaga kaunter tersebut.

"Bilik 183." Jururawat tersenyum melihat Suho dengan muka yang berkerut-kerut.

"Thanks!" Suho terus berlari mencari bilik Sung Gi. "Mana ni?" Suho melihat kiri dan kanan berkali-kali. "Ini pun dia." Suho membuka pintu bilik 183 perlahan-lahan.

"Siapa tu? Omma ke?" Sung Gi tersenyum dengan bibir pucatnya.

"Tak. Ni aku, Suho." Suho berkata perlahan. Entah Sung Gi mendengarnya atau tidak.

"Ah, Suho-ah. Maybe I'm like a robot, I say the same things over and over again. I love you. Mianhae, kali ni aku takda hadiah lah pulak." bersahaja Sung Gi berkata-kata.

"Aku-" Suho mendekati katil Sung Gi perlahan-lahan.

"Kau marah jelah. Lagipun lepas ni aku dah takda. Kau mesti rasa tenang kan tanpa aku?" Sung Gi terus berkata-kata tanpa menghiraukan mata sayu Suho.

"Boleh tak kau berhenti cakap?" Suho memberi arahan.

"Aku harap lepasni-" belum sempat Sung Gi menghabiskan kata-katanya,

CHUUU

Suho mencium bibir Sung Gi dengan lembut.

"Kan aku suruh kau berhenti cakap, kau tak nak?" Suho tersenyum.

"Ha?" Sung Gi terpinga-pinga. Sung Gi memegang bibir lalu memandang Suho. 'Apa semua ni?'

"Sebenarnya aku suka kau tapi aku malu nak mengaku." mata Suho masih seperti tadi. Sayu.

"Terima kasih. Aku hargainya.." Sung Gi tidak sempat menghabiskan ayatnya.

TETT! TETT! TETT! 

Bunyi mesin itu terhenti tiba-tiba.

You know that I only have you alone
It’s true, we were in love

I still only you know alone
Because I’m a foolish man

Terlambat. Suho sudah kehilangan orang yang disayanginya. Suho menangis meratapi kesalahannya. Ini kali pertama Suho menangis kerana perempuan. Kerana Sung Gi. 

"PABO!"

THE END



Thanks reading and comment my one shot.

No comments:

Post a Comment